Selasa, 2009 November 24

*.* Pagi Yang Indah - Protem Persatuan Penternak² Arnab Malaysia (Malaysia Rabbit Breeders Association) > MARBA *.*

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dan rahmatNya, pada tanggal 22 November 2009 tempoh hari, hari yang penuh sejarah, telah termakbul segala doa-doa kalian wahai kekanda-kekanda dan sahabat-sahabat untuk kita semua berpayungkan di bawah satu naungan,
dengan ini, secara rasmi nya pelantikan Ahli JawatanKuasa Penaja(Protem) bagi Persatuan Penternak-Penternak Arnab Malaysia (Malaysia Rabbit Breeders Association) MARBA.
Mesyuarat yang bermula jam 9.00pagi dengan pendaftaran ahli seramai 53orang, telahpun bermula pada 10pagi dengan pembentangan kisah pengalaman dan pengkesahan ilmu dari beberapa Otai dan disambung pula dengan perkongsian maklumat pemakanan dari Dr Jaafar (X-Mardi).

Ahli JawatanKuasa Penaja(Protem) MARBA ialah:-

Pengerusi
Saudara En. Abdul Nasir Bin Hj Ali (Joe Mendula)

Naib Pengerusi
Saudara En.Zaha Salleh (ArnabManja)

Setiausaha
Saudara Ahmad Fahmi Alias (ArnabKiut)

Penolong Setiausaha
Saudara En.Zafarin (NSRabbit)

Bendahari
Saudara Hisham (Shamza)

Senarai AJK (terbahagi setiap negeri)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Saudara En.Kamil (Abg Kay)

Johor
Mohd Fuad B Mohd Hassan

Kedah
Khairil Azuan (Dehan2)

Kelantan
Azmi b. Harun

P.Pinang
En.Mohd Rifdi

Melaka
Syakirin

Dua lagi nama ini belum sempat saya menyemak tempat yang diwakilkan..
Jamhuri Osman
Sufian


Dari posting Bro Joe Mendula(Pengerusi MARBA)
Halatuju Persatuan Persatuan Penternak Arnab Malaysia (MARBA)
  • Menyatukan golongan penternak arnab seMalaysia dibawah satu naungan.
  • Berkongsi maklumat dan bekerjasama dalam teknik penternakan, pemakanan dan pemasaran produk berasaskan arnab.
  • Mendesak penglibatan jab2 kerajaan dan agensi2 berkaitan dalam membangunkan industri ini.
  • Mencuba untuk menubuhkan koperasi bagi mengadakan bantuan kewangan bagi mereka yang memerlukan.
  • Membantu mempromosikan produk berasaskan arnab agar para penternak tidak ditindas oleh orang tengah yang tidak bertanggung-jawab.
  • Mengenalpasti baka-baka terpilih untuk jurusan pedaging dan arnab hias selain menetapkan speksifikasi ideal.
  • Menjadi rujukan atau hub kepada mana2 pihak yang mahukan supply atau mahu menjadi pembekal produk berasaskan industri arnab.
Usul-usul lain akan dibangkitkan dari masa ke semasa.
__________________
Kebun Arnab Ar Rasya

Khamis, 2009 November 19

*.* Peta ke Perjumpaan Persatuan Penternak Arnab *.*

!!!!!!!KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS!!!!!!!

Isnin, 2009 November 16

Perjumpaan Rasmi Penternak² Arnab Malaysia (Rabbit Clubbing) - 1st Round

Agenda Penubuhan Persatuan Penternak² Arnab Malaysia.

9.00-9.30pg:: Pendaftaran ahli.
9.30pg:: Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis.
9.40pg:: Bacaan doa (Saudara Shamza).
9.50:: Pengkisahan Pengalaman.
10.40:: Taklimat pemakanan Dr.Jaafar(X-Mardi).
11.00:: Rehat.
11.15:: Sesi soal jawab/ Perbincangan Halatuju/ Pemilihan nama rasmi kelab/persatuan.
12.15:: Pemilihan JawatanKuasa Protem Persatuan Penternak² Arnab Malaysia.
1.00ptg:: Majlis Bersurai/ Bacaan Doa Penutup. 


Orang ramai dijemput hadir~!

Disana anda boleh bertemu dengan penternak² arnab dari seluruh semenanjung dan berpeluang berkongsi pengalaman dan pendapat dengan penternak² dan pemilik² arnab. 

Acara perjumpaan ini tidak hanya terbuka kepada penternak arnab pedaging sahaja, ia juga terbuka kepada penternak dan pemilik arnab hiasan(pet).

Beberapa orang penternak akan mempamerkan produk masing² disana. 

Jika anda mahu melihat lebih dekat contoh kandang biak arnab yang dikeluarkan didalam posting ArnabKiut yang lepas, boleh juga datang kesana~!

Khamis, 2009 November 05

*.* Perjumpaan Rasmi Penternak² Arnab Malaysia (Rabbit Clubbing) - 1st Round - *.*


Assalamualaikum,
Ayahanda², Kekanda² dan Rakan² penternak sekalian,
Setelah majoriti memberi kata putus untuk memilih tempat dan tarikh,
Dengan ini secara rasmi,


Perjumpaan Rasmi Penternak² Arnab Malaysia (Rabbit Clubbing) - 1st Round -
Venue:: Bayatech Desa Melawati Kuala Lumpur
Date:: 22nd Nov 09 Sunday Morning


1-Geng Selangor - Shamza, hachiroku77, hf9000(dipaksa hadir), ciku(x confirm/dijemput), capt(b) Zaman & Boss99, Eryclunk(InsyaAllah), Rahimi Rafa S.Alam(x confirm/dijemput), isa_putra(x confirm/mahu hadir), Capt (B) Ramli, Dr Mohd Jaafar (ex MARDI,RO)
2-
Geng Melaka - Joe Mendula, Aes, NewHillz(x dpt hadir)
3-Geng Kuala Lumpur - Iceburn, Abg Kay(Cikgu Kamil), Dato' Hj Nur Effendi
4-Geng Kedah - Dehan2, Artnabworld(wakilkan dehan2), MrsAfifi(wakilkan dehan2)
5-Geng Terengganu - GeligaAjaib(En.Zahar Arnab Manja)
6-Geng Johor - Lep Zepp, cdfarmhouse(x confirm/dijemput), Pn Nurzi, Unit Arnab IVM, Kluang (dijemput oleh AbgKay)
7-Geng Perak - Pak Omar, Pak Hassan, Along, Abg Mansor
8-Geng Pahang - Zack (x confirm/dijemput)
9-Geng N9 - NS Rabbit Zafarin(x confirm/dijemput), Danesh
10-Geng Kelantan -
11-Geng Perlis -
12-Geng P.Pinang -
13-Geng Sabah/Sarawak -

Isi Mesyuarat
1. Protem komiti Kelab Penternak Arnab Malaysia.
2. Pembinaan blog kelab yang di 'link' kan ke blog/website ahli2.
3. Halatuju peternakan arnab hias dan pedaging di Malaysia.
4. Penglibatan agensi-agensi kerajaan dalam menyokong industri peternakan,
penghasilan produk, promosi serta pemasaran produk-produk berasaskan ternakan
arnab di Malaysia.
5. Pemilihan nama rasmi Pertubuhan/Persatuan/Kelab
6. Pendaftaran peserta2 (agenda pertama).
7. Ucapan aluan oleh penggerak kelab iaitu Iceburn
8. Sesi perkenalkan diri peserta2 yang hadir.
9. Pengkisahan pengalaman rakan2 otai arnab seperti;
a. Capt (B) Ramli dari Taman Tenaga, Puchong
b. Capt (B) Zaman @ Eudrillus, Kajang
c. Abang Kay(Cikgu Kamil),
d. Joe Mendula
d. GeligaAjaib(En.Zahar)
e. dll
10. Perkara berbangkit/Sesi soal jawab.
11. Ucapan penangguhan majlis oleh pengerusi protem yang dilantik
12. Taklimat tentang pemakanan arnab dari sumber semulajadi
oleh Dr Mohd Jaafar bin
Daud, Animal Nutritionist, ex Mardi RO (dijemput oleh AbgKay).
13. ........................................


Sila klik sini untuk lihat peta lokasi Wisma Nurbaya, Desa Melawati:-

www.bayatech.com.my/bayatech-product-173

Klik pada ini sebelah kanan page itu untuk besarkan peta itu:-
Specification (PDF) : click here

Sila klik di sini untuk menyertai forum penternak arnab:-
http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?p=387540#post387540

!!!!!!-Sesiapa sahaja dari pembaca ArnabKiut Blog yang ingin turut serta didalam perjumpaan ini, sila hubungi saya, tidak kira bangsa atau agama, juga tidak kira ada ladang atau reban atau belompon membela walau seekor arnab sekalipon~
Semua dijemput hadir untuk memeriahkan suasana.
-!!!!!!!

Terdapat juga pameran produk dari penternak dan penggiat ternakan arnab.
Semua orang dijemput hadir~!


__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.*Berkenaan Arnab Pedaging dan Contract Farming*.*
www.arnabdaging.blogspot.com
*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*

Isnin, 2009 November 02

*.* Sore Hock / Luka(sakit) Tumit Part 1 *.*



'Sore Hock' / Luka(sakit) Tumit

Kepeningan kepala berlaku apabila breed² superb besar dan gemuk mula menunjukkan penyakit² ganjil.
Sore Hock?
Penyakit luka bernanah dan membusuk di tapak kaki, rawatan segera dapat membendung dari penyakit melarat menjadi bertambah buruk dan bengong...
'Sore hock' terjadi akibat dari beberapa perkara yang merangkumi persekitaran, anatomi dan genetik pejadah...

Mengikut dari beberapa tenaga pengajar dan laman pengajar, apa yang dapat disimpulkan dan dirojakkan kedalam isu ArnabKiut kali ini ialah bagaimana untuk mencegah, mengobat, merawat, mengenal punca dan me.. me.. yang lain.

Apa penyebab Sore Hock?

1- Keadaan kebersihan tempat tinggal/kandang/sangkar arnab yang kotor(poor hygiene) dan 'tempat tidur' yang basah dan lembab(damp bedding).
2- Kot Rex(Rex coats) - kekurangan bulu di bahagian tumit untuk melindungi tumit.
3- Kuku panjang - keadaan kuku seperti kuku pontianak, membuat kaki terjungkit dan mengakibatkan beban terhimpun ke arah tumit belakang.
4- Kegemukkan(obesiti) - badan terlalu berat mengakibatkan tumit arnab tidak berjaya menampung berat badan.
5- Arnab tidak bergerak/statik(immobility) - kandang bateri, muat² badan jer..
6- Lantai kandang yang tidak sesuai(permukaan terlalu keras)
7- Baka besar atau giant.

Kenapa arnab boleh kena 'Sore Hock'?

Seperti dalam banyak² situasi, untuk mengetahui dan memahami bagaimana arnab boleh kena 'sore hock', kita haruslah melihat dan memahami keadaan arnab liar yang tinggal di hutan²(bukan di hutan bukit nanas atau bukit cahaya seri alam).

Arnab liar menghabiskan masa lapang dengan riang ria berlari² di persekitaran yang berlantaikan rumput dan tanah. Keadaan muka bumi ini beradaptasi dan memberi kelonggaran kepada kuku untuk terbenam kedalamnya dengan baik, dengan ini juga memberi satu situasi dimana kesemua lapisan tapak kaki arnab dari bahagian depan sehingga kebelakang mencecah bumi. Keadaan ini juga(tanah dan rumput yg lembut dan natural) dapat mengurangkan tekanan keatas kaki arnab.

Terbalik pula kepada keadaan sebaliknya(paham?), keadaan tapak lantai yang keras membuatkan kuku arnab tidak dapat terbenam kedalam. Ia tidak memberi apa² perbezaan jika permukaan itu diperbuat dari karpet, kayu, besi(dawai), plastik(tidak dialas dengan kertas atau habuk kayu), kesemuanya memberi keputusan yg sama.

Sebab? kuku tidak dapat terbenam dengan baik kedalam permukaan tersebut. Keadaan tapak kaki dibahagian depan yang tergantung(lifted off) dan keseluruhan besar tekanan tertumpu kepada tumit belakang(hocks). Menyebabkan masalah mendatang seperti tekanan kesakitan.

Jika arnab anda adalah dari baka gemuk dan debab(giant breed), tekanan yang menimpa tumit itu lebih besar dan masalah luka tu selalu akan terjadi. Begitu juga arnab yang tidak selalu melompat²(hopping around) berlaku adalah kerana ingin mengurangkan tekanan dikawasan tumit kaki.Didalam keadaan arnab yang dibela didalam rumah yang mempunyai tapak lantai yg kesat juga(karpet), perkara sore hock ini bleh berlaku.

Sampai ketemu lagi diminggu hadapan~ ako dah pening~ hUhUhUhU nanti ako sambung lagi cara rawatan dan beberapa perkara yg ako cuba pikirkan nanti~

Ahad, 2009 November 01

*.* Gengsta Arnab *.*


Gengsta ArnabFinish, originally uploaded by ArnabKiut Blog.

hUhUhUhUhUHu
saper nak join?

Sabtu, 2009 Oktober 31

*.* Mengenal Arnab Berkualiti??? *.*

-- On Fri, 10/30/09, RIZAL <*************@yahoo.com.my> wrote:

From: RIZAL <**************@yahoo.com.my>
Subject: Reply: Rabbit Breeding or Nest Box N Food Auto Feeder
To: nuckcull@yahoo.com
Date: Friday, October 30, 2009, 12:31 PM

salam...
bagaimana kita nak kenal pasti breeder yg btl2 menjual arnab yg
berkualiti.. skrg nie ramai yg jual arnab letak harga ikut suka hati..
di malaysia adakah harga arnab mengikut harga
pasaran terkini? Ingin penjelasan..
tq..

The ad can be viewed at http://www.mudah.my/vi/4212288.htm

---------------------------------------------------------------------

This e-mail was sent through a web form on www.mudah.my about
your ad "Rabbit Breeding or Nest Box N Food Auto Feeder".

The person that contacted you does not know your email until you respond to
the letter. Observe that we don't know whether the sender's e-mail (**************@yahoo.com.my)
is correct or not.

The e-mail was sent from ip-number 202.*********** at 12:21 on the 30/10 2009.

---------------------------------------------------------------------
http://www.mudah.my - The marketplace of Malaysia
Mudah.my Sdn Bhd (formerly known as 701Search Sdn Bhd) (782603-v)


Wsalam,

Soalan ini telah banyak kali diajukan kepada saya,sukar jugak untuk dijawab... eheheh

Secara amnya, pembeli haruslah terlebih dahulu mengenal pasti jenis baka yang ingin diperolehi, secara terperinci dan mendalam, cuba halusi ciri-ciri yang ada pada baka yang ingin dibeli tersebut. Dari situ saudara boleh memilih arnab-arnab yang dijual di kedai atau diiklankan didalam internet mengikut ciri-ciri baka yang saudara sudahpon arif selok-belok rupanya.

mengenai harga yang ditawarkan pula, selalunya sebut harga ini terbahagi kepada beberapa faktor:-
  • samada penjual itu tidak mengetahui jenis baka yg dijual(hentam kromo).
  • samada penjual itu tidak tahu harga pasaran untuk arnab yg dijual.
  • faktor harga selalunya bergantung kepada kawasan pasaran arnab di iklankan. untuk arnab yang sama bakanya, dalam kawasan KL selalunya harga mahal dan tinggi, tapi di luar KL harganya kadang² murah, malah ada yg jauh lagi murah.
  • selalu saya lihat, ada yg meletakkan nama baka yang salah kepada baka yang bukan sepatutnya. Local Lop Ear di letakkan Holland Lop. Arnab putih baka kampung(tidak capai piawai berat pedaging) diletakkan New Zealand White. Malahan, ada yang lebih berani meletakkan perkataan 'PURE', 'SHOW QUALITY' dan sebagainya.

Perkara-perkara ini jika dibiarkan akan menyebabkan (sedikit-sebanyak) pasaran arnab menjadi kucar-kacir, dimana pembeli yang tertipu sukar untuk mempercayai penjual lain yg jujur...

Diharap penerangan saya jelas.

Ahmad Fahmi Alias aka iceburn
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.*Berkenaan Arnab Pedaging dan Contract Farming*.*
www.arnabdaging.blogspot.com
*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*

Jumaat, 2009 Oktober 30

*.* Special Offer~! More Cages (Cat, Rabbit, Dog, Husband etc) *.*

!!!!Klik gambar kandang untuk melihat gambar dengan lebih jelas~!!!!

Code: Cage 88063509
Size: 70" x 35" x 60"H
Price: RM999.00








Code: Cage 66362409
Size: 36" x 24" x 48"H
Price: RM-










Code: Cage 236231N82
Size: 30" x 21" x 47"H
Price: RM299.00









Code: Cage 97631181
Size: 33" x 16" x 17.5"H
Price: RM99.00






Code: Cage 83632218
Size: 35" x 23" x 23"H
Price: RM289.00






Code: Cage 77632441
Size: 36.5" x 24" x 53"H
Price: RM-









  • Kesemua belian melebihi RM250.00 akan mendapat sebijik mangkuk tanah liat(clay bowl) percuma~!!!
  • Penghantaran percuma untuk setiap belian RM300.00 dan ke atas~!!!(Sekitar Lembah Klang sahaja)
  • Bagi belian dibawah RM300.00 yang ingin mendapatkan khidmat penghantaran, dikenakan surcaj bahanapi sebanyak RM28.00 sahaja~
  • Semua urus niaga adalah didalam Ringgit Malaysia.
  • Deposit sebanyak 50% dari harga belian perlulah di bank-in kan kepada akaun Ahmad Fahmi Alias.
  • Tempahan kandang mestilah selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh penghantaran/pengambilan.
  • Sebarang pertanyaan atau tempahan, bolehlah menghubungi En.Ahmad Fahmi Alias di talian 0193737311 atau kalau malu cakap dengan gentlemen, boleh cakap dengan gentlewomen iaitu Cik.Shahrin Niza Abd Majid di talian 013-2855242.
Gambar-gambar produk lain akan menyusul~ nantikan kemunculannya dipawagam berdekatan anda~

Sabtu, 2009 Oktober 24

*.* Cages - Cat, Rabbit, Dogs etc *.*

Code: Cage 20733509
Size: 36" x 36" x 66"H
Color: White
Price: RM569.00
Code: Cage 20631509
Size: 30" x 20" x 24"H
Color: White/Black
Price: RM149.00
Code: Cage 20631609
Size: 36" x 23" x 26"H
Color: White/Black
Price: RM189.00
Code: Play Pan 20600909
Size: 24" x 48" x 8pcs
Color: Black
Price: RM99.00
Code: Cage 236355N09
Size: 30" x 20" x 23.5"H
Color: White/Black
Price: RM179.00
Code: Cage 226232N09
Size: 30.6" x 21.5" x 47.6"H
Color: Silver/Red Copper
Price: RM429.00Code: Cage 256234N99
Size: 36.6" x 24.5" x 51.5"H
Color: Silver/Red Copper
Price: RM479.00Code: Cage 24633578
Size: 35" x 35" x 69"H
Color: Gold/Silver
Price: RM659.00

Rabu, 2009 Oktober 21

*.* 4 Storey Cage for Cat and Rabbit ~!!! *.*


aito~! satu lagi produk ArnabKiut yang banyak mendapat permintaan~! Sangkar/kandang 4 tingkat untuk kucing dan arnab~
Product : 6231N.
Colour : White.

Size : 30'' L x 21'' W x 47'' H.
Description : 4-storeys.
RM299.00